Thursday 6 October 2011

Maklumat Guru Bimbingan Dan Kaunseling


MARI KENALI KAUNSELOR ANDA

Pepatah Melayu ada berbunyi, tak kenal maka tak cinta. Oleh hal yang demikian, 
di sini kami ingin memperkenalkan dua orang guru yang menjadi
tulang belakang Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Kurau.


MOHD AZMAN BIN ALI BASAH telah berkhidmat di 
SMKKK selama12 tahun. Tidak hairanlah sekiranya beliau cukup masak
dengan kerenah pelajar-pelajar di sini. Kata orang, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina.
Beliau berkelulusan Bac. Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPM.


SITI HAISAH BINTI TUKIRAN merupakan seorang guru muda yang
telah menjejakkan kaki di bumi SMKKK pada tahun 2004.
Kaunselor yang berasal dari Selangor ini
berkelulusan Bac. Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPSI.



"Kaunselor anda sedia membantu"







Tips Pelajar: Tips Mengatasi Stress

1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.

3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita

kredit:sharimi

Monday 3 October 2011

MASALAH AND JUDGEMENTAL

Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa video yang penuh dengan nilai nilai murni daripada matluthfi :) Video ini banyak mendapat sambutan daripada kalangan remaja dan sangat berkesan untuk memberi teladan kepada orang ramai :) 




dan ini satu lagi dari video beliau :)

Sunday 2 October 2011

Faktor Faktor Remaja Merokok

Remaja kini suka merokok di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Huraikan faktor-faktor gejala ini terus berlaku.

Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus merebak dalam kalangan remaja.

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok. Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.

kredit:cikgu Azhar Salleh 

Monday 26 September 2011

Kem Pecutan Akhir PMR

Assalamualaikum

Pada hari Sabtu 24 Sepetember 2011 SMK Kuala Kurau telah mengadakan Kem pecutan Akhir Untuk Form 3. Kem ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam . Orang yang terlibat antaranya ialah guru guru cemerlang, guru guru sekolah SMK Kuala Kurau dan Pegawai PPD Kerian. Ramai pelajar yang telah hadir memeriahkan kem ini. Diharap kem ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar pelajar Tingkatan Tiga utk meningkatkan prestasi mereka.







Thursday 22 September 2011

Tips Belajar: Pengurusan Masa Belajar

PENGURUSAN MASA



Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3)

HARGA DAN KEPENTINGAN MASA KEPADA MANUSIA.

Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.

Imam Al- Banna pula berpesan; "Janganlah kamu habiskan masa kamu dan saudaramu pada perkara yang tidak memberi faedah,"Harta benda, wang ringgityang hilang boleh dicari ganti tetapi masa yang hilang masakan dapat dicari ganti. Oleh itu setiap pelajar janganlah hendaknya suka membuang masadan suka bertangguhdaripada memulakan atau melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Bagi pelajar yang suka bertangguh mereka sebaiknya membaca dan meneliti dan mengambil pelajaran hadis Nabi berikut yang bermaksud; "Jika Qiamat akan berlaku dan ditangan kamu pada masa itu ada benih kurma dan jika kamu masih sempat menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya".

Pengajaran dari hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kesempatan atau peluang maka hendaklah anda merebut dan mempergunakan peluang dan kesempatan itu dengan sebaik mungkin tanpa berlengah atau bertangguh lagi.

Pelajaran dan masa

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.

Teknik menguruskan masa belajar

Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.

Kepentingan jadual waktu

Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:

Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.

Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;

Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.

Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;

Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )
Menyediakan jadual waktu tahunan.

Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.

Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;

Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.

Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.

Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;

Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;

Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;

Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
Memahami pengajaran pada hari itu.
Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.
Manfaatkan masa lapang

Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;

Semasa menunggu kenderaan.
Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
Masa rehat yang berlebihan
Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
Masa antara kuliah.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.
Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
embaca nota kecil yang mudah dibawa.
erbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.
Tindakan selanjutnya.
Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar rumit dihadapi oleh pelajar.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:

Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
Elakkan suka bertangguh.
Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Di Sekolah

Apakah perkhidmatan BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan PERCUMA ini disediakan bagi membantu anda melihat persoalan yang ada pada diri sendiri:
(a) Peribadi dan emosi anda
(b) Ingin mengubah tingkah laku sendiri
(c) Pengurusan masa
(d) Memilih kerjaya
(e) Kaunseling penyalahgunaan dadah
(f) Kaunseling ketagihan dadah

Kaunselor adalah seorang yang..
(a) Sanggup mendengar persoalan anda
(b) Menerima tanpa syarat
(c) Menerima dan Merahsiakan apa apa yang anda kongsi kan
(d) Menghormati diri anda sebagai seorang individu

Matlamat Kaunseling
(a) Supaya pelajar memahami diri dan situasinya
(b) Supaya pelajar menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif serta realistik
(d) Supaya pelajar dapat mengenal pasti keperluannya
(e) Supaya pelajar dapat merancang kehidupan yang lebih realistik
(f) Supaya pelajar bertanggungjawab terhadap diri dan perlakuan sendiri
(g) Supaya pelajar menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

BAGAIMANA SESI KAUNSELING DIJALANKAN
(a) KAUNSELING INDIVIDU
Pertemuan empat mata ( bersemuka ) dengan kaunselor pada masa dan tempat yang dipersetujui

(b) KAUNSELING KELOMPOK
Pertemuan anda dan rakan rakan kelompok dengan kaunselor pada masa dan tempat yang dipersetujui.

BAGAIMANA SESI DIJALANKAN?
Pertemuan anda dengan kaunselor dijalankan dalam bilik kaunseling terhindar daripada gangguan luar.

Wednesday 21 September 2011

Langkah-langkah Menjelang Peperiksaan

Today kami ingin berkongsi tentang langkah langkah yang mesti dilakukan oleh exam candidate sebelum exam . Berikut adalah penting untuk dapatkan result yang cemerlang . SEMOGA BERJAYA :)

1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.


2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.


3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.


4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.



5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda.



6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.



7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.



8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.



9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.



10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.


11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.


12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.


13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.


14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.


16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.


17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.


18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.


19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.


20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.


21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.


22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.


23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.


24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.


25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.


26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!


27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.


28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.


29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.


30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.


Tuesday 20 September 2011

Tips Belajar: Hilangkan mengantuk ketika belajar


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat emak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Monday 19 September 2011

MAKLUMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KURAU

LOKASI : SMK Kuala Kurau, 34350 Kuala Kurau, Perak.

Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau

SMK KUALA KURAU MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI DAERAH KERIAN PADA TAHUN 2015.

Misi Sekolah 

KAMI AKAN BERUSAHA, MERANCANG, MELAKSA DAN MEMANTAPKAN SEMUA PROGRAM PENDIDIKAN KE ARAH MENJADI SEKOLAH YANG TERBILANG MELALUI BIDANG KURIKULUM, SAHSIAH, KOKURIKULUM DAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG BERKESAN SERTA MEYAKINKAN UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

Logo Sekolah Dan Keterangan


1. "Berilmu dan Berbakti" menjadi moto sekolah setiap pelajar diminta mencari ilmu setinggi mungkin dan diikuti dengan cita cita berbakti kemudiannya kelak.
2.Objek Objek yang seimbang menggambarkan keseimbangan dari berbagai aspek kehidupan. Selaras dengan Falsafah Penddikan Negara.
3. Warna : Biru-kuning - latar belakang murid daripada keluarga pesawah dan nelayan.
Biru- Melambangkan kedamaian dan perpaduan.
Kuning- Melambangkan negara berdaulat.
4. Simbol-simbol: Obor- Merupakan lambang semangat menuju kejayaan . Sentiasa berkobar di kalangan pelajar.
Buku- Sumber ilmu pengetahuan sepanjang zaman.
Padi- Semangat yang mulia, makin berilmu, semakin merendah diri.
Gelang rotan- Perpaduan antara kaum pelajar di sekolah ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India sentiasa erat
Bendera- Lambang kedaulatan negeri
Garisan Laluan- Menggambarkan Keseimbangan Dalam Usaha Mendapatkan ilmu dan laluan di kanan merupakan ke arah usaha untuk berbakti setelah berilmu.


Tip Belajar Cemerlang

1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

Sumber ini dipetik daripada http://koleksisoalan.blogspot.com/

20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)

thank you smktds

Sunday 18 September 2011

JENIS-JENIS DADAH


Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti:
                 
• Opiat dan Opiat Sintetik
• Stimulan
• Ganja
• Halusinogen
• Depresen
• Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunakan


                                                     APA ITU OPIAT?
Gambar : Pokok Popi

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

APA ITU STIMULAN?
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-Type-Stimulants (ATS) dan kokain.


APA ITU GANJA?

ambar : Kanabis dalam bentuk herba, getah dan minyak


Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperolehi daripada pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.


Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Terdapat 3 jenis bentuk ganja iaitu herba, hashish (getah) dan minyak hashish (cecair).



APA ITU HALUSINOGEN?

Gambar : Pelbagai Bentuk Dadah Halusinogen


Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.


Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.


Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia digunakan oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

APA ITU DEPRESEN?
Gambar : Dadah GHB (terdapat dalam bentuk cecair dan pil)

Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi utama tubuh.

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

GHB atau Gamma-hydroxybutyrate boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga boleh kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang diguna dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula dipersalahkan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti dibius.


APA ITU UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA?

Gambar : Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan loleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagih.

Selain daripada itu, daun ketum atau spesis mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.

Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya. Penggunaan yang kerap menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

DADAH HANYA MEMBAWA PADAH !

Pengenalan
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)

Penerangan

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Faktor - Faktor Risiko
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

� Faktor biologi
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

� Faktor psikososial
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

� Faktor sosial
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri


Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.

Komplikasi
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, bolehmenyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Ujian - Ujian
Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...